Cinta....Bukan milik abadi seseorang
Bila musim gugur bertandang
Ia akan layu selepas berkembang
Manusia takkan mati tanpa cinta
Tetapi kuasa cinta ada kalanya
Boleh membunuh hati manusia
Ada kalanya tanpa kita sedari
Permulaan untuk kita jatuh cinta
Adalah langkah menuju seribu satu kesulitan
Yang tak terduga dek akal fikiran
Cinta...Nilainya tak terbanding dek kata-kata
Biarpun manis namun tetap ada pahitnya
Cinta jadikan manusia agung
Cinta juga boleh menghumbankan manusia
Menjadi pengemis paling hina!