Tuesday, August 26, 2003

Selasa Sejenak..


Alhamdulillah dapat juga aku melihat dunia ini..syukur ke hadrat Illahi..beberapa perkara yang dihujah oleh Sham tadi membuat aku terfikir..walaupun kita tidak seperti dahulu..namun aku tetap bangga dan gembira ketika bersamanya..kerana dirinya penuh dengan nasihat-nasihat dan hujah-hujah yang bernas..kagum adalah perkataan yang sesuai untuk memujinya..jarang bertemu dengan lelaki sedemikian namun begitu aku harap...ia bukan suatu lakonan dimana hanya pandai bicara tetapi tidak mempraktikkannya..

Pernahkah kita terfikir tentang mati,dimana hampir setiap masa kita mengingatkan diri tentang kematian..bagaimanakah dapat kita menghadapinya sekiranya ia berlaku?Pernahkah kita terfikir sama ada kita sudah bersedia untuk menemui Yang Maha Esa?Itulah diantara soalan yang ditanyakan padaku..hmm..suatu soalan yang perlu pemikiran yang tajam dan mendalam..memang setiap manusia pasti terfikir tentang mati...pernah terbaca sabda Rasulallah S.A.W. dimana beliau mengatakan Allah menyuruh kita ingatkan diri tentang kematian..tujuannya bukan untuk berazam agar cepat mati tetapi gerun dan menginsafkan diri dari melakukan kejahatan dan meneruskan hidup ke jalan yang diredhai Allah... benar kata-kata Sham..kunci segala kebahagiaan di dunia adalah Keikhlasan..tetapi bagiku..ada tiga perkara yang penting dalam kehidupan di dunia ini..Keikhlasan,Kejujuran & Kesetiaan

Ketiga-tiga K ini haruslah disemat di dalam diri kita..sambil aku menaipkan semua ini,sekaligus aku mengingati diriku yang daif ini..tiada manusia yang sempurna.Semuanya melakukan kesilapan akan tetapi selagi kita berpeluang memperbetulkan kesilapan kita, insyallah,pasti menemui kebahagiaan itu..Tentang kematian, bagaimanakah keikhlasan itu hadir dalam konteks ini? Adakah seseorang itu ikhlas untuk ditamatkan hidupnya didunia dan memulakan hidup baru di alam lain?Ikhlaskah insan-insan yang menyayanginya...merelakan dirinya pergi menemui Illahi?? Dan konteks ini juga boleh terjadi pada segala macam hal dimana keikhlasan seseorang itu memainkan peranan yang penting sekali.

Kejujuran dan kesetiaan pula bagiku datang seiring.Tanpa kejujuran, kepercayaan tidak akan lahir sesama insan dan dunia ini akan penuh dengan kecurigaan.Sekaligus mendatangkan kemarahan,kekecewaan dan kedukaan.Seandainya kesetiaan tersemat bersama kejujuran, akan damailah dunia penuh dengan kecintaan yang membawa kebahagiaan..tidak begitu?? Bukan mustahil tetapi sekiranya semua manusia dapat duduk sejenak memikirkan ini semua,sudah pasti sesuatu yang baik dapat dipelajari..sepertimana aku telah pelajari pagi tadi?

Beralih dari situ...timbul pula perkara lain yang ingin dipersoalkan..adakah wang penting dalam hidup kita?hmm suatu soalan yang pendek tetapi harus difikirkan dengan lebih teliti..selagi kita berada di dunia yang sedang membangun pesat dek arus kemodenan..sudah pasti wang adalah diantara barang terpenting sekali dari segi perniagaan..pembagunang dan penyaraan hidup seseorang..terletak kepada cara bagaimana seseorang itu menilaikan kepentingan wang dalam hidupnya..wang hanya penting untuk kita menyara kehidupan di dunia tetapi kebanyakkan manusia kini telah menjadi hamba kepada wang...nafsu untuk terus mengejar kebendaan dunia telah menukar manusia memperhambakan diri pada kesenangan dunia dengan wang dan harta benda, bukan ke arah ketuhanan..di mana wang itu sedikit sebanyak disalurkan ke jalan yang diredhai Allah.

Aku berfikir sejenak.Perkara sedemikian memang ada baiknya kita fikirkan..namun untuk kita memperdebatkannya dan menjadikannya suatu isu dimana semua manusia harus berfikir sama..adalah mustahil kerana..aku adalah aku..seorang hamba Allah yang tidak mempunyai status yang berhak meluahkan apa yang telah dicurahkan dalam lelaman ini..disinilah tempat aku meluahkan segala isi hati dan pandangan yang ditanam oleh orang sekeliling terhadap mintaku..Aku masih berfikir..apakah tujuanku dalam dunia ini..apakah sebenar-benarnya yang aku inginkan..dan apakah akan aku lakukan sebentar nanti dan hari esok..walaupun dalam tidur,mindaku tetap berfikir..mungkin ada yang mengatakan aku membuang masa memikirkan perkara yang tidak-tidak..tetapi seperti kata-kata Sham..kalau kita tidak memikirnya sekarang..masakan kita dapat menanganinya pabila sudah terjadi?